[GAMBAR] Karl Shafek di sekitar pengambaran Muzikal Raya.

Nantikan rancangan ini di musim perayaan nanti.

Happy Birthday Karl Shafek

From #Sesayangs with love! !

[EVENT] Episode II : #FemesBazaar : Kalerblok Theme

Durian Crepe, Choc Chip Cookie, Karl Shafek Preloved Item, KarlShafekxMistioVintage and many more!!

[MAGAZINE] Cosmopolitan Malaysia - Dec 2012

Karl Shafek on "Lelaki PMS" and Anger Management

Wednesday 19 December 2012

[TV Show] @DapurKampus .. Bersama Polycuisine


Bermula 06/01/2013 nanti, Karl Shafek akan membuat penampilan khas sebagai hos rancangan travelog masakan baru, Dapur Kampus ... Bersama Poly Cuisine.

Rancangan ini akan keudara setiap hari Ahad jam 12.30 tengahari di RTM 1.

Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan ini dan teruskan memberi sokongan kepada Karl Shafek

Sebarang maklumat tentang rancangan ini akan di'update dari semasa ke semasa dalam post ini.


"keep spreading the loves and supports to our beloved Karl Shafek"

Monday 10 December 2012

[EVENT] #FemesBazaar by @itsfriday11

Pada 29 & 30th Dec ini, Karl Shafek akan menyertai event #FemesBazaar di Rasta TTDI 




Seperti yang telah dimaklumkan oleh Karl Shafek sendiri, kepada yang rindukan Choc Chip Cookies Karl Shafek, beliau akan menjual biskut itu pada hari tersebut.

Dan, Karl Shafek juga akan menjual T-shirt berjenama #KarlShafekxMistioVintage hasil dari kolaborasi beliau dengan fashion designer Malaysia, Fairuz Ramdan .



As on 19th December, jam 11.30 pm, Karl Shafek telah buat pengumuman menerusi Twitter beliau tentang design t-shirt #KarlShafekxMistioVintage ini.  Ia akan menggunakan gambar dari Instagram Karl Shafek sebagai design!! Gambar apa? Surprise! 




Kalau ada yang teringin nak makan Choc Chip Cookies and teringin nak memiliki tshirt berjenama #KarlShafekxMistioVintage , sila la datang pada 29th & 30th Dec ni.

Kepada yang ingin kunjungi #FemesBazaar itu nanti, ini tips untuk ke Rasta TTDI  untuk mereka yang menaiki public transport.


Thanks to @itsFriday11 for the tips

Kedudukan Booth - Karl Shafek: No.10


Selain dari Karl Shafek, ada ramai lagi artis lain yang turut serta, termasuklah Sazzy Falak, Intan Ladyana dan raaaaaamaaai lagi.




Kalau ada #sesayangs yang ada blogshop and nak jual produk-produk anda, boleh rujuk di sini.

*sebarang makluman tentang event ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa*


"Keep spreading the loves and supports to our beloved Karl Shafek"

[MAGAZINE] Cosmopolitan Malaysia - Dec 2012

Hi fellow #sesayangs , grab the latest issue (December issue) of Cosmopolitan Malaysia with Maya Karin as the covergirl.



Our beloved Karl Shafek is giving tips for "Lelaki PMS" and Anger Management .

Grab the magazine before it's out of stock !!!


                                                            "Keep spreading the loves and supports to our beloved Karl Shafek"

Sunday 9 December 2012

[TV SHOW] Misteri Malam Karl Shafek

Kepada #sesayangs yang suka menonton rancangan yang berunsurkan misteri dan mistik, jangan lupa saksikan Misteri Malam di TV9 .



Misteri Malam merupakan rancangan yang menampilkan selebriti tanahair menceritakan pengalaman misteri mereka dan pada episod akan datang (11 Disember 2012) , giliran Karl Shafek pula akan bercerita tentang pengalamannya.




Kalau nak tahu dengan lebih lanjut apakah pengalaman misteri Karl Shafek tu, jangan ketinggalan untuk menonton rancangan ini pada 11 Disember 2012 (Selasa) , pukul 9.30 malam.

"Keep spreading the loves and supports to our beloved Karl Shafek"

Wednesday 5 December 2012

[DRAMA] Cinta Itu Milikku


kredit gambar: EDtv-ZahidiZakariya

Mungkin dah agak lambat untuk admin update tentang drama lakonan abang Karl Shafek ini, maklumlah masa blog ini dibuka pun drama ini sudah rancak keudara di TV.

"Drama ini mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).
Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.
Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania, Ridzuan (Karl Shafek).
Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril." (credit: MStarOnline)
Selain daripada abg Karl Shafek sendiri, drama ini turut menampilkan beberapa lagi pelakon handalan termasuklah Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Liza Abdullah, Mustapha Kamal, Erry Putra , adik Qish Noryl dan ramai lagi.
kredit gambar: Instagram KarlShafek
Pada sesiapa yang dah mula dan tak pernah miss drama ni,  mesti dah tahu macam mana perwatakan Ridzuan yang telah dilakonkan oleh Karl Shafek kan?
Apa pendapat anda semua tentang watak Ridzuan tu? 
Kalau nak tahu apa kesudahan watak Ridzuan tu, perlu la terus tonton drama ini. Disamping kita bagi sokongan kepada abg Karl Shafek, kita bagi sokongan kepada rakan-rakan dia sekali. 
Drama ini ada 24 episod semuanya, jadi pada sesiapa yang masih belum mula menonton, jangan ketinggalan drama Cinta Itu Milikku di Slot Akasia TV3 , setiap Isnin - Khamis pada jam 7 petang.
Yang mana dah terlepas episod-episod yang sebelum ini tu boleh la tengok drama ini dekat Tonton


Tuesday 4 December 2012

Pencalonan Awal Anugerah Bintang Popular 2012 - Kategori Pengacara TV Lelaki Popular .. UNDI UNDI!

Hai #sesayangs semua!





Seperti yang semua dah maklum, Karl Shafek telah dicalonkan dalam pencalonan awal Anugerah Bintang Popular 2012 dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular.

So, apa lagi, cepat-cepatlah beli akhbar Berita Harian setiap hari dan vote untuk Karl Shafek sampai ke top 5, ok.




Untuk memastikan setiap undian tu valid, tandakan "x" sebanyak 5 orang bagi setiap kategori, tapi untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular tu jangan tak tanda "x" dekat nama Karl Shafek pula. hehehe

TARIKH LAST KELUAR BORANG IALAH PADA 25 DISEMBER 2012 & BORANG MESTI DIHANTAR SEBELUM 31 DISEMBER 2012

"Keep spreading the loves and supports to our beloved Karl Shafek."