Wednesday 5 December 2012

[DRAMA] Cinta Itu Milikku


kredit gambar: EDtv-ZahidiZakariya

Mungkin dah agak lambat untuk admin update tentang drama lakonan abang Karl Shafek ini, maklumlah masa blog ini dibuka pun drama ini sudah rancak keudara di TV.

"Drama ini mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) yang bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi).
Namun begitu, bekas tunang Zafril iaitu Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril dan Rania kerana Dini menganggap bahawa Rania telah merampas cintanya.
Selepas mereka berkahwin kemarahan Dini semakin meluap-luap dan telah menimbulkan pelbagai konflik apabila Dini berkahwin dengan abang Rania, Ridzuan (Karl Shafek).
Kemelut bertambah teruk apabila Dini yang mempunyai dua korektor telah merancang pelbagai idea jahat untuk memusnahkan hidup Rania dan Zafril." (credit: MStarOnline)
Selain daripada abg Karl Shafek sendiri, drama ini turut menampilkan beberapa lagi pelakon handalan termasuklah Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Liza Abdullah, Mustapha Kamal, Erry Putra , adik Qish Noryl dan ramai lagi.
kredit gambar: Instagram KarlShafek
Pada sesiapa yang dah mula dan tak pernah miss drama ni,  mesti dah tahu macam mana perwatakan Ridzuan yang telah dilakonkan oleh Karl Shafek kan?
Apa pendapat anda semua tentang watak Ridzuan tu? 
Kalau nak tahu apa kesudahan watak Ridzuan tu, perlu la terus tonton drama ini. Disamping kita bagi sokongan kepada abg Karl Shafek, kita bagi sokongan kepada rakan-rakan dia sekali. 
Drama ini ada 24 episod semuanya, jadi pada sesiapa yang masih belum mula menonton, jangan ketinggalan drama Cinta Itu Milikku di Slot Akasia TV3 , setiap Isnin - Khamis pada jam 7 petang.
Yang mana dah terlepas episod-episod yang sebelum ini tu boleh la tengok drama ini dekat Tonton


1 comments:

  1. satu family dilanda demam tengok citer ni skrg. Karl Shafek ~ the best!!

    ReplyDelete