Sunday, 6 January 2013

[EVENT] Majlis Pra Pelancaran & Sidang Media Dapur Kampus ... Bersama Polycuisine




Pada 24 Disember 2012 telah diadakan Majlis Pra Pelancaran & Sidang Media "Dapur Kampus...Bersama Polycuisine" yang menampilkan Karl Shafek sebagai hosnya.





Rancangan ini akan bersiaran selama 10 episod di RTM 1 setiap hari Ahad , jam 12.30 tengahari bermula 6 Januari 2013.





Rancangan yang diterbitkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama KiraWang Sdn Bhd  ini  mengetengahkan kebolehan dan keupayaan siswazah Politeknik dari sudut kemahiran , inovasi dan keusahawanan.



5 buah politeknik yang menawarkan pengajian dalam jurusan Hotel dan Katering telah terlibat dalam menjayakan rancangan ini termasuklah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor, Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor dan Politeknik Kota Kinabalu Sabah.





Menerusi rancangan ini, para siswazah politeknik dapat menunjukkan kehebatan dan kemahiran mereka dalam menyediakan resipi istimewa khususnya resipi tradisi setempat.

0 comments:

Post a Comment