Monday 22 April 2013

Undi Karl Shafek dalam "Hero Baru Terhebat" untuk Anugerah Blokbuster 2

Anugerah Blokbuster adalah sebuah program anugerah yang memberi kuasa memilih kepada penonton untuk menentukan pemenangnya. Anugerah ini dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Terdapat beberapa cara untuk mengundi bagi memilih sepuluh calon terbaik dan seterusnya memilih pemenang utama. Pemenang utama akan menerima hadiah berupa wang tunai & trofi.

Karl Shafek telah dicalonkan dalam kategori "Hero Baru Terhebat" menerusi filem Zaiton Ceritaku untuk Anugerah Blokbuster 2 yang bakal diadakakan pada 15 Jun 2013.



Undian Fasa 1  boleh dilakukan menerusi 2 cara iaitu Undian Atas Talian (Online Voting) & Undian Surat Khabar (newspaper voting)

Tempoh masa untuk undian Fasa 1 ialah dari 19 April 2013 - 10 Mei 2013.

Cara- cara untuk mengundi adalah seperti berikut:

Undi atas talian (Online Voting)




i.       Layari www.anugerakblokbuster.com.my
ii.     Anda hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang Facebook Login.
iii.    Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
iv.    Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori
v.     Kedudukan undian laman web akan dipaparkan sepanjang tempoh pengundian

*maklumat tambahan : sesiapa yang mempunyai lebih dari satu akaun FB, anda boleh mengundi lebih dari sekali setiap hari.
Undian suratkhabar (Newspaper Voting)



i.     Dapatkan borang undian didalam sisipan akhbar Sinar Harian pada setiap hari Selasa, Khamis
       &  Ahad.
ii.    Anda boleh menghantar seberapa banyak borang undian tetapi hanya borang asal sahaja diterima.
iii.   Borang hendaklah dihantar kepada alamat berikut:


Anugerah Blokbuster 2013
c/o Astro RIA
All Asia Broadcast Centre
Malaysia Technology Park
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur 
Malaysia

10 undian tertinggi bagi setiap ketagori akan layak untuk ke fasa kedua undian.



Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Anugerah Blokbuster 2 , sila layari Anugerah Blokbuster


kredit: Astro Gempak@Anugerah Blokbuster 2

1 comments: